Friday, April 29, 2011

Songkok & Kopiah

Assalamualaikum..malam ni tergerak lak hati aku tuk tulis pasal songkok ngn kopiah..pas aku blogwalking blog2 dlm internet ni..search punya search,aku tengok,ramai gak orang perempuan atau aweks(nama pgilan bebudak aku kat kaum hawa ni ) yang tulis pasal tudung,macam2 jenis tudung aku usha diaorang pkai..yg mcm artis pn ader,yg macam ustazah pn ader,,senang citer..macam2 ada..mamat melayu maner yg x berkenan kalo tengok kaum hawa ni bertudung,tutup aurat camtu..perghh,,,,ayu siot...adehh..tetiba lak aku mlm ni..nape ea..(^^)..


So,back to our story..aku tulis pasal songkok ni sebab aku rasa aku pn nak wt jugak mcm kaum hawa buat tu..x kesah la kalo orang nk cakap aku ciplak idea diaorang,..janji,kita sebagai kaum adam ni,bangga ngn apa yg kita ada kn..diaorang bangga ngn tudung diaorang,..x salah rasanya kalo kita bangga ngn songkok dan kupiah kita..lagipun,kita yg kaum adam jer leh pakai songkok ngn kopiah ni,kaum hawa x da nya der..kalo ader pn,pelik lak rasanya.x yah merapu bebanyak..jom aku citer cikit pasal songkok ngn kopiah..


~SONGKOK~

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.

Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah...."
Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.






~KOPIAH~

Dalam ISLAM, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. 

Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana,topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Biasanya kita dapat tengok,bebudak sekolah agama kat negeri kelantan ngn terengganu yang pkai kupiah ni,,bila masuk ngn jubah putih diaorang tu,,comel lak aku tengok diaorang ni...nampak suci bersih..sejuk mata memandang kalo org tua2 cakap.. 






Saya mintak maaf if ade pape yang saya tersilap type or terkeluar dlm post ni..jika tidak keberatan,sila tinggalkn komen anda..segala komen amat2 saya hargai,untuk kebaikan kita bersama..(^^)..sekian,terima kasih,,Assalamualaikum.. 








1 comment:

  1. Salam.moshi moshi.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
    Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
    (^____^)

    ReplyDelete